1. Jika berjalan, dari belakang
kelihatan seperti tidak memijak
tanah. Golongan wanita yang
jalannya berginjat, konon wanita ini
adalah wanita yang tidak jujur, kalau
berbual, mulutnya laser dan
menyinggung perasaan orang lain.
Wanita yang berjalan seperti ini juga
terkenal dengan sikap egonya. Lebih
parah, wanita ini biasanya
pemboros atau suka membazir
wang tanpa berfikir sebelum
berbelanja. Padahal, wang yang
dimilikinya itu masih banyak
kegunaannya. Tapi jangan berkecil
hati, kerana wanita seperti ini
biasanya menjadi pujaan ramai
lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke
kanan and kiri. Wanita seperti ini
biasanya pandai menyimpan rahsia.
Walaupun ramai yang menganggap
wanita seperti ini tidak jujur, suka
menipu teman sendiri,dan
merugikan teman bualnya, namun,
ramai lelaki yang berusaha untuk
menakluk hatinya. Konon wanita
seperti ini senang diatur dan
diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita
seperti ini memiliki sifat yang
tertutup. Ia hanya akan berbual
dengan orang-orang yang rapat
dengannya dan boleh dipercayai
untuk menyimpan rahsianya.
Wanita seperti ini biasanya sukar
untuk ditakluk hatinya. Disamping
sikapnya yang dingin, wanita seperti
ini tidak peduli dengan kehidupan
cinta. Namun, jika ada lelaki yang
berjaya menawan hati wanita
dengan cara berjalan menunduk ini,
dijamin akan mendapat
kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini
sangat setia, dan dia tidak akan
mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke
depan. Wanita seperti ini biasanya
memiliki pendirian yang teguh,
bukan senang hendak
menggoncangkan imannya. Jangan
sekali-sekali menentang apa yang
pernah dikatanya, jika anda tidak
mahu mendengar dia berleter
panjang lebar. Meski pendiriannya
teguh, tapi dia selalu berselisih
pendapat. Jangan hairan jika wanita
seperti ini hanya mahu berbual
dengan orang yang berpengalaman
luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke
kanan dan kiri. Wanita yang berjalan
dengan gaya yang sedemikian tidak
ambil kisah dengan masalah yang
berlaku. Apa pun masalah yang ada
dihadapannya, dia dianggap kecil.
Padahal masalah itu sebenarnya
memerlukan kebijaksanaan untuk
diselesaikan. Kerana sifatnya yang
suka ambil mudah ini, banyak
persoalan yang akhirnya tidak dapat
diselesaikan dan akibatnya
merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak.
Wanita ini tegas menentukan
sikapnya sendiri. Dia tidak mahu
urusan peribadinya dicampur oleh
orang lain. Gaya bicaranya serius
seperti ingin menunjukkan dia
memiliki pendirian teguh. Yang
menarik dari wanita ini, dia
bertanggungjawap terhadap apa
yang pernah dilakukannya. Dia
menyenangi lelaki yang berdikari
tanpa meninggalkan sifat-sifat
romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan
kaki ,badannya ia kelihatan bergerak
ke depan dan ke belakang. Wanita
jenis ini sangat lemah perasaannya.
Dia seorang yang mudah terasa dan
mudah tersinggung. Jadi, jika anda
berbual dengan wanita seperti ini
kenalah menjaga perasaannya agar
tidak tersinggung, kerana wanita ini
mudah mengalirkan air mata.